Rasullah memberitahu Badwi itu bahawa perkataannya sebelum itu telah menyinggung hati para sahabat. Sekiranya si Badwi mahu kemarahan sahabat reda, Rasullah mencadangkan agar si Badwi memberitahu sahabat perkataan yang baru disebutkan tadi kepada mereka. Si Badwi bersetuju untuk datang lagi esok. Keesokan hari, Badwi datang dan Rasullah menceritakan pada sahabat segala yang berlaku sebelumnya. Badwi mendengar lalu mengesahkan kejadian itu. Kemudian Rasullah bersabda kepada para sahabat : “ Perumpamaan aku dengan orang ini bagaikan seorang lelaki dan untanya yang terlepas lari. Orang mengejarnya tetapi gagal menangkapnya, bahkan sang unta semakin jauh. Pemiliknya lalu berkata, ‘biarkan saja unta itu, nanti aku uruskan’. Kerana aku lebih tahu watak unta itu daripada kamu’, lalu pemiliknya mendekati unta dan menangkapnya dengan mudah. Dia membawa unta itu pulang dan mengikat dengan baik. Rasullah menyambung, “ Kalau semalam si Badwi itu berkata kasar, kemudian kamu tidak sabar lalu membunuhnya, maka dia pasti masuk neraka. Namun kerana saya bina akhlaknya dengan baik maka dia selamat”.
....Peri pentingnya akhlak baik, tiada sesiapapun yang dapat menafikannya. Akhlak yang baik akan menyemai sifat-sifat mahmudah seperti sabar, bertanggungjawab amanah dan seumpamanya.
☼ ikut rasa binasa, ikut hati mati. Apa jua tindakan yang kita lakukan perlu dengan hikmah.
No comments:
Post a Comment