Monday, May 11, 2009

Hak menghormati Ibu bapa

....bulan Mei ini banyak keistimewaannya: ada hari guru, hari ibu, hari bapa, juga hari jadi saya ( jgn mare ) dll. Coretan ini sempena hari ibu dan bapa....buat renungan bersama;

Ayah dan ibu adalah permulaan kita di dunia ini. Hak menghormati dan mentaati ibu bapa adalah satu ibadah yang mesti dilakukan demi mentauhidkan Allah. Namun pelbagai kisah didengar berkenaan ibu bapa yang dipinggirkan anak-anak. Ada antaranya dihantar ke rumah orang tua, tidak kurang juga yang hidup sendiri dan melarat. Di samping itu, anak-anak jarang, malah ada yang langsung tidak datang menjenguk. Membelakang ibu bapa termasuk dalam hal-hal berkaitan wali perkahwinan, menjadikan ibu bapa sebagai 'hamba' mereka dan sebagainya.

Kita dituntut untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita, di antaranya;

# berbakti kepada mereka.

# melaksanakan hak mereka dengan ikhlas.

# mentaati perintah mereka.

# menjauhi perkara yang boleh menyakiti hati mereka.

# melakukan amalan yang diredhainya.

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib selagi mereka tidak mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Oleh itu, mentaati ibu bapa adalah wajib dan seutama-utama jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menderhakai mereka adalah sebesar-besar dosa. Hak mereka berlipat ganda dibandingkan dengan orang lain. Oleh itu, tanggungjawab memelihara mereka sangat besar. Pendapatnya mesti dihormati. Siapa lagi yang berhak berbakti kepada mereka kalau bukan anaknya.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:

" Anak itu belum dapat lagi membalas ( jasa ) orang tuanya sehinggalah dia mendapatnya sebagai hamba lalu dibelinya dan dimerdekakannya ( Riwayat Muslim & Abu Daud )

...setiap hari adalah hari ibu dan bapa. Sebab itu kita dituntut untuk berdoa untuk kedua ibu bapa kita setiap hari.

2 comments:

  1. Tiada siapa yang mampu membalas jasa ibu dan bapa. Cuma kita sebagai anak perlu membahagiakan mereka. Mereka adalah segala-segalanya untuk kita.

    ReplyDelete
  2. Untuk semua ibu-ibu di dunia:
    Semoga cerdikmu secerdik Aishah,
    Cantikmu secantik Ainul Mardhiah,
    Pengorbananmu setanggi Sumaiyah,
    Ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah,
    Semoga tempatmu syurga al-jannah.

    "Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang dah bergelar ibu

    ReplyDelete