Wang walaupun cuma sehelai kertas namun nilainya begitu dan cukup penting untuk meneruskan sebuah ikatan. Segala-galanya mampu dibeli termasuk dunia. Asal ada kertas ini semuanya amat bernilai.
Jika kita Tanya kepada mana-mana pasangan suami isteri, bolehkah terus hidup dengan cinta?. Ya, cinta memang penting tetapi ia tidak boleh membeli nasi, ayam ataupun pakaian. Cinta mampu menyemarakkan perasaan agar ia sentiasa mengebu-gebu tetapi kalau tiada wang, tiada apa yang dapat dilakukan. Sedangkan kita memerlukan semua itu untuk membayar bil-bil elektrik, air ataupun membayar sewa rumah.
Sebenarnya soal duit memang soal yang sensitif bagi sesetengah pasangan. Ada pasangan yang akan berkongsi pendapat masing-masing untuk membayar hutang piutang. Ada pila pasangan yang mementingkan diri sendiri sahaja. Duit kau, kau punya, duit aku, aku punya dan pelbagai ragam lagi. Percaya atau tidak ada pasangan yang sampai bercerai berai hanya kerana tidak ada wang.
Justeru itu, bagaimana anda memanipulasikan duit untuk kebahagiaan keluarga. Di antara caranya :
Ø Kikis sikap boros:
Buang sikap boros kerana ia akan hanya merugikan diri sendiri. Jangan bebelanja lebih daripada pendapatan yang diperolehi dan boros berbelanja dan ‘ berjiwa besar’ tatkala wang dalam genggaman.
Ø Jangan menyorok status wang anda :
Bersikap telus dengan pasangan. Beritahulah berapa wang yang anda sudah simpan. Katakan kepada pasangan, semua simpanan untuk masa depan keluarga juga. Pasti pasangan akan memahaminya.
Ø Buang semua kad-kad kredit :
Berhutang sebenarnya tidak salah kerana semua orang berhutang hatta orang kaya sekalipun . Sekalipun ia hanya sekeping kad tetapi ia boleh mengubah keseluruhan hidup anda. Bila anda sudah dibebani hutang kad kredit, rumahtangga yang bahagiapun boleh menemui kehancuran. Ini kerana mereka beranggapan wang yang ada boleh digunakan untuk saat-saat genting. Tetapi jangan sampai hutang keliling pinggang dan pinggag anda patah kerana tidak mampu menampungnya.
Ø Simpan untuk kecemasan :
Menyimpan untuk masa tua atau depan, Pastikan anda menyimpan sedikit untuk masa-masa kecemasan. Ini kerana kita tidak terduga bila masanya kecemasan akan berlaku. Jadi bila anda sudah punya wang, segalanya Nampak mudah dan urusan juga berjalan lancar.
♫ Dalam perhubungan kita, kita mesti bersikap jujur, kerana itu pateri yang paling kukuh dalam sesebuah perhubungan. Jika sebelum ini kita suka berbohong soal duit, berubahlah menjadi lebih jujur.
No comments:
Post a Comment