SUPERWOWEN :- Hitunglah di sekeliling kita ada berapa ramai wanita yang terpaksa bertindak menjadi lebih bertanggungjawab, terpaksa memikul banyak tugas dalam satu masa dan terpaksa menjadi ‘ dialah wanita dan dialah lelaki ‘ dalam rumahtangga.
Kita berani kerat jarilah kalau lelaki kata wanita suka lepas tangan dan asyik pentingkan diri sendiri. Banyak bukti yang boleh kita lihat, wanita sedia menyingsing lengan menguruskan segala hal dalam kehidupan yang biasanya diuruskan hanya sekerat jalan oleh lelaki. Ini kerana wanita bukan setakat menjadi penonton tetapi mereka bertindak sebagai ‘manager who make things happened’ berbanding golongan lelaki yang selalunya bersikap sebagai ‘manager who look things happened’. Tidak perlu member alasan kenapa…………………….semua orang tahu. Bukankah seronok menjadi penonton sahaja?.
Memang hal ini menguntungkan lelaki tetapi payahnya wanita. Semua kerja mesti mereka lakukan dalam satu masa. Waktu itulah mesti fikirkan soal karier, di masa sama mesti menguruskan rumahtangga. Itu belum termasuk hal anak-anak, urusan dapur, bayar pinjaman kereta dan rumah. dan segala yang remeh temeh hinggakan ubat gigi dah habis pun, mesti wanita juga kena gantikan yang baru.
Lelaki – hanya bereskan hal kerjaya dan hal-hal luar rumah. Kata seorang kawan, agaknya kerana kurangnya tanggungjawab lelaki dalam rumah,itu yang membuatkan mereka jadi galak nak buat kerja-kerja lain di luar rumah. Kerja –kerja yang tak berfaedah termasuklah aktiviti-aktiviti yang akhirnya akan menyakitkan hati si isteri. Contohnya lelaki jadi rajin nak cari kawan-kawan baru, seronok pegi berhibur ke kelab-kelab dan mereka jadi rajin berjumpa kawan perempuan. Bila keadaan jadi lebih parah, mereka sanggup lebihkan hal di luar rumah berbanding hal dalam rumah sendiri.
Senario semasa telah memperjelaskan kekhuatiran ramai wanita. Semua yang terbetik dan ombak gelisah yang bersarang dalam dada sahih belaka. Layang-layang yang isteri hulurkan rupanya terus terawang-awang. Benangnya terputus, hanya boleh disambung kalau layang-layang sudah ke bawah………………
Superwomen – memang kejayaan tidak selalu berpihak pada wanita. Tetapi lelaki pun kena ingat, tidak selamanya boleh berlagak hebat. Mereka juga manusia yang tabienya sama seperti wanita.
….teringat lagu ‘ I’m not a superwomen’ .....thinks everything ok. Membina mahligai bahagia adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri. Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilunaskan. Jadi sikap kerjasama amat perlu. Renung dan fikirlah..
No comments:
Post a Comment