Sememangnya ‘CINTA” sesuatu yang cukup mengasyikkan, malah bagi mereka yang sedang di alam percintaan, dunia dirasakan cukup indah serta mengasyikkan. Dunia ini bagaikan kita yang punya. Namun kita selalu disajikan dengan ungkapan ‘Cinta tak semestinya memiliki” atau “ Cinta tak semestinya berakhir hingga ke jinggang pelamin’. Ini disebabkan ramai yang bercinta namun putus di tengah jalan. Oleh itu, kita tidak boleh mengimpikan saat-saat indah sahaja. Sebaliknya memikirkan risiko andainya hubungan cinta dijalinkan putus di tengah jalan.
Apakah tanda-tanda awal bahawa sebuah perhubungan akan terputus. Mungkin si dia sebenarnya ingin memutuskan perhubungan tetapi belum sampai masanya hal itu diberitahu kepada anda. Semaklah tanda-tanda berikut:-
☼ Bersikap tidak memperdulikan:- Semasa bercinta, kenangannya sangat manis dan sukar untuk dilupakan jika putus di tengah jalan. Jika si dia sudah bersikap tidak memperdulikan malah membiarkan apa saja perlakuan anda, itu tandanya dia sudah mula bosan dan tidak mahu ikut serta apa saja kehendak anda. Sms anda tidak akan dilayan atau tiada respon. Anda akan dibiarkan tanpa pamitan dan penjelasan.
Sebagai teman istimewa tentu sahaja kita akan berasa kecil hati jika si dia bersikap tidak peduli. Kalau dahulu anda merasakan diri anda dimanjakan dan disayangi tetapi kalau sikap itu semakin berkurangan, sedarlah ada sesuatu yang tidak kena pada perhubungan tersebut. Buatlah persediaan rapi agar anda tidak berasa tertekan kalau si dia melafazkan bahawa antara anda dan dirinya tidak sesuai bersama.
☼ Tidak lagi bergaduh :- Kalau tidak bergaduh lagi bukan bercinta namanya. Cinta tidak selalunya indah tetapi akan disulami dengan pelbagai cerita dan peristiwa, malah berkongsi suka dan duka dalam melayari kehidupan. Bila merajuk ada yang akan memujuk. Tanda awal hubungan anda bakal putus ialah anda tidak akan bergaduh lagi dengan si dia. Si dia mungkin bersikap tidak memperdulikan dan hanya membiarkan anda merajuk tanpa dipujuk. Itu tandanya hubungan anda mungkin putus dalan masa terdekat.
☼ Tidak lagi berkongsi segalanya :- Bercinta bermakna anda berkongsi segala-galanya. Susah dan senang malah segala-galanya. Namum apabila si dia sudah mula tidak lagi berkongsi malah banyak berahsia dari anda dan berdiam diri, itu tandanya hubungan anda bakal putus. Baginya berkongsi cerita dengan anda hanya menyusahkan malah merasakan anda membuatkan dia lebih tertekan. Kalau ini terjadi, ingatlah bahawa hubungan anda pasti putus.
☼ Kawan-kawannya sudah mula menjauhkan diri dari anda :- Adat berkasih, mereka tidak akan teragak-agak memperkenalkan anda kepada kawan-kawannya. Kalau selama ini anda bebas untuk duduk berbual dengan kawan-kawannya tetapi kalau anda sudah mula nampak mereka menjauhkan diri, itu adalah tanda-tanda awal anda akan kehilangan kekasih.
Justeru itu bagi anda yang berkasih, hormat-menghormatilah pasangan. Belajarlah memahami bahawa tiada satu manusia yang bersikap sempurna dan jangan ikut perasaan.
……..Jika anda ingin memutuskan perhubungan, berterus-teranglah dan berbincang dengan cara yang baik, moga perpisahan tidak menyakiti hati orang yang pernah kita sayang. Masih sebagai “kawan’, tiada rasa dendam dan benci.
No comments:
Post a Comment