Tuesday, May 5, 2009

Majlis Perpisahan

( Cikgu Nana duduk di barisan 1 dari kiri dan Cikgu Lucas duduk barisan 1 dari kanan )

...gambar kenangan sempena majlis perpisahan Cikgu Lucas dan Cikgu Nana yang akan berpindah ke stesen baru di Arena D' Sanglau, Oya. Selamat bertugas di tempat baru, jasamu tetap dikenang. Semoga lebih sukses di tempat baru, dan jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Cikgu Lucas akan berpindah ke JPNS sebagai Penolong Pengarah Pendidikan Khas, manakala Cikgu Nana akan berpindah ke SMK Batang Igan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Tahniah diucapkan di atas perlantikan kalian.

( there is a great man who makes every man feel small. But the real great man is the man who makes every man feel great...... Gilbert K, Chesterton )

3 comments:

  1. Adat kehidupan, setiap ada pertemuan pasti ada perpisahan. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan. Semoga lebih berjaya di tempat lain.

    ReplyDelete
  2. kami telah kehilangan kawan yang mesra alam dan mesra kawan..moga sentiasa dalam kenangan..tq 4 u Adzma sebab abadikan kenangan itu dalam blog u..

    Doremon n geng
    Dalat

    ReplyDelete
  3. Adat kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kita perlu redha dengan ketentuanNya. Walaupun berpisah, mudahan hubungan sahabat tidak akan putus. Zaman globalisasinya ni senang. Semua dihujung jari.

    ReplyDelete