Berdosa adalah perkara biasa, tetapi jika bergelumang dengan dosa, itu perkara luar biasa. Yang pasti, setiap manusia ada dosa, tetapi kita tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kerana atas dasar kefahaman manusia itu lemah. Dosa itu ibarat api yang sentiasa membakar, sama ada api itu besar atau kecil. Ia mampu member kesakitan dan kemusnahan kepada diri manusia. Begitu juga dengan dosa, sama ada ianya kecil mahupun besar tetap ianya dosa.Semakin banyak dosa kita, maka semakin gelap hati kita. Mudah-mudahan jangan sampai sehingga akhir hayat. Nauzubillah.
Jadi , jangan berputus asa dan banyakkan usaha sebagai ikhtiar dan berdoa agar Allah S.W.T memberikan kurnia nikmatNya, tetapi bukan nikmat yang akan menyesatkan dan melupakan kita terhadapNya. Mohonlah dariNya kekuatan agar disesuaikan iman dan kesabaran kita untuk menghadapi segala macam dugaan hidup.
Sesungguhnya tiada yang mustahil dalam hidup ini, semuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Justeru itu, sebagai manusia yang beriman, kita perlu sentiasa positif dalam hidup. Setiap kekeciwaan dan kegagalan dalam hidup ini, semuanya adalah bersifat sementara.
## Percayalah, setiap dugaan hidup ini adalah berdasarkan kepada kemampuan dan bersesuaian dengan tahap keimanan seseorang. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bertahanlah dan sentiasa memohon keampunan dariNya. Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai di kalangan hambaNya. Amin…..
No comments:
Post a Comment