Monday, May 4, 2009

Ketawalah............

Seseorang itu ketawa apabila merasa sesuatu yang melucukan, mengembirakan dan mecuitkan hati. Menurut kajian , ketawa mempunyai kesan baik ke atas fikiran dan tubuh badan manusia. Hasil penyelidikan Profesor William F. Fry M., dari Fakulti kedoktoran Jiwa Stanford, Universiti Perubatan, California, Amerika Syarikat: Ketawa dapat meningkatkan denyutan nadi, menggerakkan otot-otot muka dan perut, melancarkan sirkulasi darah serta mempercepatkan pernafasan. Orang yang ketawa sepuas-puasnya sehingga terbatuk-batuk, akan memberangsangkan otak dan membersihkan paru-paru. Udara dapat masuk dan keluar lebih banyak daripada keadaan biasa. Ketika ketawa tubuh badan seseorang itu akan berada pada tahap releks. Dalam beberapa saat, tekanan darah, saluran pernafasan dan denyutan nadi turun di bawah paras normal serta otot-otot mengendur.

Saban hari kita akan menghadapi pelbagai situasi yang amat tidak menyenangkan seperti berhadapan dengan pelbagai masalah,kenakalan banak-anak, kesibukan lalulintas jalan raya atau pejabat, terlewat dating ke pejabat yang boleh mengancam jiwa dan emosi. Keadaan begini menimbulkan stress atau tension atau ketegangan yang boleh membuat tubuh nudah terkena penyakit. Tetapi dengan ketawa sekurang-kurangnya dapat meredakan ketegangan tersebut.

Serangan penyakit jantung juga boleh dicegah dengan ketawa. Suatu hormon (stress) yang menekan kekebalan tubuh dapat membahayakan jantung dan pembulu atau arteri, terukalau hormon sering dikeluar oleh tubuh. Dalam pada itu ketawa didapati boleh merangsangkan perubahan fisiologi dalam tubuh dan dapat mengurangkan sakit. Jelas bahawa apabila seseorang ketawa, otak akan mengeluarkan hormone-hormon catecholamine yang dapat merangsangkan pelepasan hormone endorphin, sejenis morfin yang dihasilkan tubuh untuk menghilangkan rasa sakit.

Oleh itu, sebagai langkah untuk merehatkan fikiran dan menenangkan otak, tontonlah rancangan tv atau filem berunsur komedi yang menimbulkan kelucuan. Ini disebabkan ketawa bukan sahaja mengurangkan rasa sakit, malah juga ubat atau penawar yang paling berkesan menyembuhkan keresahan atau kesakitan. Di samping itu, dengan ketawa, muka akan kelihatan lebih berseri-seri. Ini merupakan ubat awet muda yang mujarab.

Jenaka dan humor boleh dimanfaatkan sebagai kaedah mengakrabkan persahabatan sepasang kekasih atau suami isteri yang selalu bertengkar. Maksudnya ketawa dapat mengalihkan perasaan marah dan segala perasaan negative terhadap seseorang. Dengan demikian humor dapat memperkukuhkan ikatan kemesraan yang sedia ada . Seterusnya humor meringankan ketegangan yang timbul di antara mereka.

Hakikatnya, ketawa bukan sahaja memperlihatkan keperibadian seseorang iaitu mempunyai keyakinan diri, berfikiran terbuka, tidak kaku dan lebih kreatif, malah bijak mempertimbangkan sesuatu perkara tanpa mengikut rasa hati.

*** ketawa biarlah bertempat, takut orang kata kita 'gila' pulak.

No comments:

Post a Comment