Monday, July 6, 2009

Kehebatan Diri.....?

Kita sering berpendapat bahawa kita lebih hebat berbanding orang lain. Pada setiap masa kita menilai orang lain di sekeliling kita. Kita juga menilai diri kita sendiri. Kita juga membandingkan orang lain dengan diri kita.

Lazimnya, manusia lebih cenderung menilai manusia lain dengan cara-cara negatif. Manakala menilai diri sendiri dengan cara yang positif. Gejala ini menyebabkan mereka sukar melihat kelebihan-kelebihan orang lain, manakala mereka banyak melihat kelebihan-kelebihan mereka sendiri. Hasilnya, manusia lebih banyak menghasilkan kritikan berbanding pujian terhadap orang lain.

Penilaian negatif menyebabkan kita selalu mendengar orang merendah-rendahkan bakat dan keupayaan orang lain. Malah kita sendiri banyak melakukan perbuatan yang begini. Apabila kita merendah-rendahkan orang lain, itu bermakna kita mengganggap diri kita lebih tinggi daripada orang yang kita rendah-rendahkan. Apakah faktor yang mendorong tingkah laku begini?. Menurut kajian, apabila manusia mengukur bakat dan keupayaan dirinya sendiri, mereka melakukannya dengan membandingkan dirinya dengan orang lain yang mereka kenal. Mereka akan cenderung melebihkan penilaian yang dibuatnya terhadap dirinya sendiri, manakala mereka akan merendah-rendahkan penilaiannya terhadap orang yang dijadikan perbandingan. Kebanyakkan orang mengganggap diri mereka lebih baik daripada purata manusia.

Tabiat suka ‘membesar-besarkan’ diri sendiri ini lebih ketara apabila kita membandingkan diri kita secara am dengan kebanyakan orang lain. Tetapi kurang ketara perbandingan dibuat apabila membandingkan diri dengan individu tertentu seperti kawan baik kita atau orang yang lebih berjaya daripada kita.

Satu lagi cirri-ciri membesar-besarkan diri ialah apabila perbandingan itu berkenaan dengan perkara-perkara subjektif. Contoh : kita akan menilai diri kita sebagai lebih penyabar, ataupun lebih rajin, pemaaf, lebih alim, lebih bertanggungjawab daripada kebanyakkan orang lain, dan begitulah seterusnya.

Mengapakah hal ini berlaku?. Hal ini disebabkan dalam hal-hal subjektif, kita semua boleh membuat definisi dan tafsiran kita masing-masing. Contoh :

Bila kita mengukur kepintaran diri sendiri, kita teringat akan kejadian-kejadian semasa kita pintar, bukan ketika kita bodoh. Sebaliknya apabila kita mengukur kepintaran orang lain, kita teringat kejadian-kejadian ketika orang itu berbuat bodoh, bukan semasa orang itu pintar.

Bila kita mengukur bakat kepimpinan kita, kita teringat tokoh-tokoh pemimpin lain yang gaya kepimpinannya serupa dengan gaya kita, bukan gaya kepimpinan orang yang gagal memimpin. Jadi kita mengganggapkan bahawa kita mempunyai bakat kepimpinan seperti tokoh yang kita ingat.

Bila kita mengukur kesabaran kita, kita hanya teringat kepada peristiwa-peristiwa ketika kita telah banyak bersabar. Akibatnya, kira berasa kita selalu sahaja bersabar. Kita tidak teringat peristiwa semasa kita hilang sabar.

Oleh kerana kita semua bebas membuat ukuran kita sendiri, justeru itu, kita semua boleh menyimpulkan bahawa kita adalah orang yang lebih hebat daripada kebanyakan orang lain. Malah kita cenderung menjaga maruah kita dengan cara memberi nilai yang tinggi kepada perkara-perkara ketika kita mempunyai bakat dan kelebihan.

Pemikiran seperti ini sangat tidak logik, tidak rasional, dan tidak masuk akal. Tetapi inilah cara kita berfikir. Inilah faktor yang menyebabkan kita asyik nampak kelemahan atau kebodohan orang dan asyik nampak kehebatan diri sendiri.

√…muhasabahlah kelemahan diri pada setiap masa.

Friday, July 3, 2009

Ilmu, Iman dan Amal

Dari Abu Musa katanya, Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi.

“Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah member manfaat dengan ia kepada manusia.

“Mereka dapat minum dan member minum (binatang ternak dan sebagainya ), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput.

“Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh oleh Allah menyampaikannya, dipelajari dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya” ( Riwayat Bukhari ).

Mengapa Bekerja?...........

Mengapa bekerja? Seronok sangatkah bekerja sehingga ada yang tidak sabar untuk menamatkan alam persekolahan atau pengajian?. Antara keadaan yang dirasai oleh kebanyakkan pelajar sama ada yang masih berada di bangku sekolah atau masih bekerja di universiti.Bekerja bukan sekadar untuk mendapatkan wang semata-mata. Benar, wang mungkin punca utama kita bekerja tetapi sebenarnya ada banyak sebab yang harus kita fikirkan apabila kita melangkah ke dunia kerjaya.
Sebahagian faedah yang kita peroleh, yang harus kita fikirkan bersama-sama. Betul atau tidak, kita boleh tentukan sendiri:
Tidak dapat dinafikan, faedah utama daripada bekerja adalah wang. Kewangan juga menjadi faktor utama mengapa kita bekerja, untuk beroleh rezeki yang halal, jadi perlu bekerja secara halal juga. Islam melarang kita meminta-minta daripada orang lain. Jika mahukan sesuatu ( wang ), maka hendaklah berusaha bekerja.
Bekerja dapat mematangkan diri, kerana sepanjang bekerja, berdepan dengan pelbagai karenah manusia dan melihat pelbagai peristiwa. Peristiwa yang berlaku bukan sahaja akan mencerdaskan diri, malah menjadikan diri lebih dewasa.
Dengan bekerja, secara tidak langsung dapat mengajar diri kita lebih bertanggungjawab. Apabila bekerja bermakna kita mengikat diri dengan komitmen. Jika selama ini kita suka melakukan apa sahaja sesuka hati, apabila terikat, kita tidak berani lagi untuk sambil lewa.
Bekerja merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah. Jika kita berminat bekerja kerana Allah, ia akan menjadi ibadah yang akan mengganjarkan pahala kepada diri sendiri.
Dengan bekerja, kita mampu untuk membantu keluarga dan masyarakat secara umum, bukan untuk diri sendiri sahaja. Jika ini kita niatkan, pasti kita akan rasa diri kita lebih berguna dan berharga.
Dengan bekerja kita boleh manfaatkan ilmu yang telah kita pelajari selama bertahun-tahun untuk beroleh segulung ijazah. Walaupun kita belajar bidang yang lain tetapi bekerja dalam bidang lain, itu semua masih boleh dimanfaatkan.
Bila kita bekerja, kita boleh menambah ramai rakan. Semakin ramai rakan yang kita miliki, mungkin bermakna kita adalah orang yang disukai ramai. Bermakna semakin besarlah rangkaian kenalan dan sahabat kita. Namun, pilihlah rakan-rakan yang baik dan seronok.
Bekerja merupakan cara terbaik untuk kita menghabiskan waktu luang. Tentu membosankan jika hari-hari kita tanpa melakukan kerja yang berfaedah, malah tidak timbul masalah masa terbuang.
Sempurna itu mungkin subjektif sifatnya. Namun, tidak dinafikan setiap kita mahu menuju ke arah kesempurnaan termasuklah dengan bekerja. Sebenarnya terdapat banyak lagi faedah yang bakal kita peroleh dengan bekerja. Sekaligus boleh menjadi suatu bentuk motivasi untuk kita berusaha keras dalam kerjaya.
Satu kesilapan yang sering dilakukan oleh anak muda yang baru tamat belajar, tidak membetulkan niat untuk bekerja. Yang difikirkan, dapat gaji dan dapat membeli apa saja yang mereka mahu.

Wednesday, July 1, 2009

Haiwan dan Zodiak

Tarikh lahir juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan. Ingin mengenali diri anda dengan lebih dekat? Mudah saja, kenal pasti tarikh lahir anda serta lihat kesesuaian haiwan yang dikategorikan di bawah. Pasti anda akan lebih mengenali diri anda selepas ini…

Tarikh

Haiwan

Catatan

01–05Februari

24 – 31 Mac

25 – 30 Jun

27 – 31 Julai

15– 27 September

17–30 November.

KUCING

Pemalu dan comel, itulah karektor yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak dikenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

10 – 24 Januari

16 – 23 Mac

15 – 26 April

01 – 03 Jun

01 – 09 Julai

16 – 25 Ogos

TIKUS

“Diam-diam ubi berisi” itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian anda. Anda dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri anda itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap anda yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling anda. Walaupun anda tidak tergolong dalam kalangan kumpulan popular, diri anda tetap dikenali ramai.

01 – 09 Januari

01 – 03 April

15 – 20 Jun

10 – 15 Julai

28– 30 September

01 – 16 Disember

ARNAB

Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap anda yang mudah bergaul menjadikan anda antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri anda itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah anda sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara kumpulan.

25 – 31 Januari

13 – 15 Mac

22 – 31 Mei

01– 16 November

SINGA

Anda memang dilahirkan sebagai pemimpin. Individu di sekeliling anda sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri anda telah menarik ramai orang bersahabat dengan anda, maka tidak hairanlah sekiranya anda memiliki teman baru saban hari.

06 – 14 Februari

14 – 21 Mei

16 – 26 Julai

01– 14 September

26 – 31 Disember

MERPATI

Anda terlalu mudah untuk jatuh cinta. Anda juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya anda bukannya daripada kalangan individu yang terlalu pemalu, namun anda lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian anda.

15 – 21 Februari

27 – 30 April

04 – 14 Jun

26 – 31 Ogos

16 – 27 Oktober

PENYU

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri anda. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap anda kerana sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri anda sendiri. Walau bagimanapun, anda adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti ‘talam dua muka’.

01 – 12 Mac

01 – 13 Mei

21 – 24 Jun

01 – 15 Ogos

01 – 15 Oktober

17–25 Disember

MONYET

Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Anga juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling anda untuk menjalinkan ikatan persahabatan dengan anda. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Walau bagaimanapun, sikap anda yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi anda, itu semua tidak penting! Prinsip hidup anda, ‘hidup mesti ceria’. Selain itu, anda juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

22 – 28 februari

04 – 14 April

28 – 31 Oktober

HARIMAU KUMBANG

Sikap misteri anda agak menggusarkan orang di sekeliling anda. Walau bagaimanapun, anda tetap memiliki ramai teman. Emosi anda yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling anda sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan anda. Selain itu, anda juga sering dikaitkan dengan pelbagai gossip. Berdasarkan keperibadian yang anda miliki, ternyata anda sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

*** Sumber fauzynn.