Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Thursday, September 10, 2009
Atok dan nenek.
Cemburu rasanya apabila melihat rakan-rakan masih ada atok dan nenek. Bagaimana rasanya dapat kasih sayang daripada atok dan nenek? Saya tidak pernah merasa kasih sayang daripada atok atau nenek. Malah saya langsung tidak mengenali mereka, bagaimana rupa mereka , sikap mereka, adakah atok dan nenek saya baik dan penyayang orangnya?. Atok saya meninggal ketika saya masih terlalu kecil, manakala nenek saya sebelum saya dilahirkan lagi. Cerita tentang nenek jarang diceritakan tapi atok yang diceritakan adalah seorang imam di kampung saya. Atok banyak bergaul dengan pendakwah dari Negara Indonesia. Malah rumah atoklah tempat persinggahan mereka bila mereka bertamu di kampung. Sehubungan itu juga nama saya telah dinamakan oleh seorang kiyai dari Indonesia. Itulah kenangan yang mereka tinggalkan untuk atok agaknya.
Kepada anda yang masih mempunyai atok dan nenek, sayangi dan jagalah mereka dengan baik. Anda bertuah kerana dapat merasa kasih sayang atok dan nenek. Sempena hari lebaran ini, baliklah menziarahi mereka sementara mereka masih hidup di bumi ini.
.....Kadang2 jeles juak dgn dak anak sbb daknya dpt merasa kasih sayang 2 org atok dan 2 org nenek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment