Monday, September 7, 2009

Lelaki juga ingin difahami..


Seperti juga wanita yang ingin difahami, lelaki juga mahukan perkara yang sama terutama dari pasangan yang dicintai. Oleh itu, sebagai wanita tidak salahnya untuk memberi perhatian khusus pada pasangan agar dirinya mampu berasa selesa dari anda. Ketika si dia berhadapan dengan masalah atau menghadapi peristiwa sedih pastikan anda selalu ada di sisinya. Kehadiran anda pada saat itu merupakan kekuatan untuknya bertahan dan keluar dari masalah yang sedang dihadapi.


Istilah I’ll be your shoulder to cry on bukan saja ditujukan kaum wanita yang mudah sekali menangis bila perasaannya terluka tapi juga untuk lelaki. Walaupun mereka pantang mengalirkan air mata di depan wanita khususnya, tapi sebagai manusia rasa sedih tdak dapat dielakkan pada waktu-waktu tertentu.

 Wanita sebagai pasangan harus bersedia untuk mendengarkan segala keluh kesahnya dan membuat dirinya kembali ketawa. Dia juga memerlukan tempat untuk mencurahkan dan berkongsi isi hatinya.
Ketika si dia dihadapkan dengan pilihan yang mengelirukan, jadikan diri anda di pihak yang neutral dan tidak memihak ke satu-satu pihak. Berikan saranan terbaik untuknya agar mampu membuat keputusan yang tepat dengan rasa tenang kerana dirinya merasa bahawa anda selalu mendampinginya.

No comments:

Post a Comment