Buat renungan bersama: Tanda-tandanya seperti berikut.
۞ 100 hari : Seluruh badan rasa bergetar.
۞ 60 hari : Pusat rasa bergerak.
۞ 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan Malaikat Maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa dan nampak kehadiran Malaikat Maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.
۞ 7 hari : Mengidam makanan.
۞ 5 hari : Anak lidah bergerak-bergerak.
۞ 3 hari : Bahagian tengah dahi bergerak-bergerak.
۞ 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-bergerak.
۞ 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar.
۞ Saat Akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi ( di bahagian belakang badan ).
۞ Bila Malaikat mencabut nyawa : Baginda Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut . Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat NAZAK orang itu “.
Sambung Rasulullah s.a.w lagi ;
“ kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, Malaikat Jibril a.s. akan mnebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayab Jibril a.s.
“ Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril a.s akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
…sentiasalah berdoa agar kita dijauhkan dari neraka. Wa nauzubillahi min zalik.
serem yach...mati itu ngga masalah selama kita "Mati Dalam Keadaan Muslim/Mati Syahid" amin
ReplyDeleteYa, Insya Allah, mudah-mudahan selagi kita tidak menjauhiNya dan sentiasa di atas landasan Islam itu sendiri.
ReplyDelete