Friday, September 4, 2009

Cantik di hati.


Kecantikan wajah tidak mencerminkan kecantikan hati dan tingkah. Sempena bulan Ramadhan ini berusahalah untuk menambahbaik amalan kita. Justeru itu, bersihkan hati kita dengan amalan-amalan mahmudah. Berikut adalah amalan yang boleh kita amalkan untuk mencantikkan hati:-

۩   Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun bersolat walau bagaimana keadaan kamu sekalipun. 
۩   Bacalah al-Quran atau tataplah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia. 
۩   Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan. 
۩   Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
۩   Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.
۩   Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar. 
۩   Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan. 
۩   Berkenalanlah dengan setiap saudara meskipun tidak diminta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan. 
۩   Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaan.

No comments:

Post a Comment