Wednesday, April 22, 2009

PESTA KAUL MUKAH 2009...

(Anyaman yang dinamakan " Serahang ", salah satu peralatan yang perlu untuk pemujaan pantai pada zaman dulu )
( salah satu gerai yang dibina oleh kampung yang menyertai pertandingan gerai tercantik)
Pesta Kaul memang sinonim dengan Bandar Mukah sejak dahulu lagi. Pesta ini akan diadakan pada 25 hingga 27 April 2009. Dulu, pesta kaul diadakan di setiap daerah yang ada majoriti kaum Melanau. Tujuannya untuk memohon kepada 'penunggu laut' agar mendapat rezeki yang banyak dari laut dan berterima kasih atas rezeki yang telah diperolehi.
Kini...mungkin disebabkan banyak perubahan yang berlaku, pesta kaul diadakan hanya pesta keramaian dan pelancongan untuk memperkenalkan Mukah kepada pelancong. Pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik telah dirancang dan akan diadakan sempena pesta kaul ini. Pengunjung atau pelancong boleh menyaksikan dan merasa sendiri pelbagai jenis makanan tradisional Melanau, permainan dan kebudayaan kaum Melanau.
Pengunjung juga boleh merasa sendiri permainan yang memang popular ketika pesta kaul berlangsung iaitu permainan yang dinamakan "TIBAU" (seperti permaian buaian gergasi yang dimainkan oleh kanak-kanak di taman permainan). Tibau mempunyai ketinggian 30 meter hingga 40 meter dan boleh dimainkan oleh 5 hingga 10 orang untuk satu-satu permainan. Bagi pembaca yang belum pernah melihat sendiri pesta kaul ini bolehlah datang bermai-ramai ke Mukah sempena Pesta Kaul Mukah 2009 nanti.
Kak peseluk mapun Mukah ok...........

3 comments:

  1. Teringin nak nanggar pesta kaul, apa boleh buat tempat jauh...boleh sik hot66 kongsi maklumat tentang aktiviti yang diadakan sempena pesta kaul untuk tatapan kamek yang sik berkesempatan.

    ReplyDelete
  2. boleh sik dapatkan gambar org dolok2 nyambut pesta kaul.kmk dgr jauh bezanya dari pesta kaul skrg tok..

    ReplyDelete