Monday, August 17, 2009

Tips efisen kerja berpasukan.

Setiap orang punya cara gaya masing-masing ketika melaksanakan kerja. Bagaimanapun apabila kita bekerja berpasukan, kita akan temui pelbagai kemahiran berbeza pada setiap individu. Mungkin ada yang kelihatan lembap, mungkin ada yang kelihatan agresif, mungkin juga ada yang tekun tidak mempedulikan orang lain.Pelbagai ragam ini kadangkala boleh jadi pelengkap pada kejayaan pasukan anda. Mungkin anda boleh mengamalkan tip berikut untuk menjadikan kerja berpasukan lebih baik.

1. Hormat pandangan rakan sepasukan. Dengar pandangan mereka. Tidak kira sama ada anda pekerja baru atau lama,tua atau muda, anda dan mereka adalah manusia yang saling memerlukan satu sama lain.

2. Fahami personaliti rakan sepasukan masing-masing- karakter, sikap,minat, kecenderungan dan lain-lain. Pemahaman ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti membantu anda memerlukan bantuan mereka. Jangan memandai-mandai hendak mengubah personaliti mereka kerana itu kemungkinan boleh membawa pada konflik.

3. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan anggota pasukan. Anda memerlukan anggota pasukan yang boleh menjana idea tetapi tidak perlulah semua orang memberi idea. Itu hanya akan menyebabkan timbul pertelingkahan apabila semua orang hendak tunjuk pandai! Kekuatan dan kelemahan pada masa yang sama akan melengkapkan satu sama lain.

4. Interaktif dan saling memberi respons pada satu sama lain. Jangan mementingkan diri sendiri.Jangan tanamkan mentaliti, “yang penting kerja aku siap, kerja orang lain, peduli apa aku!”.

5. Jangan berpuak-puak dalam pasukan sendiri. Hal ini selalu berlaku dalam pasukan yang besar. Sikap berpuak-puak boleh menjejaskan keharmonian pasukan. Oleh itu, elak dan jauhkan diri sebelum berlarutan.

6. Lebih afdal bagi pasukan memohon petunjuk Allah ketika melakukan apa-apa urusan melalui solat jemaah atau solat hajat. Ingat suatu perkara, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.

Berikut beberapa faedah yang bakal kita peroleh jika bekerja secara berpasukan :

۝ Bekerja berpasukan dapat membaiki semangat dan motivasi dalam kumpulan. Dengan cara ini, mereka saling menegur dan membaiki kelemahan satu sama lain. Rakan-rakan sepasukan boleh menjadi cermin pada diri rakan yang lain.

۝ Mengurangkan beban kerja. Bekerja secara berpasukan bermakna mengurangkan bebanan yang harus ditanggung seorang diri. Anggota pasukan saling berkongsi susah senang.

۝ Meningkatkan produktiviti.

۝ Beroleh kepuasan bekerja dengan lebih baik.

۝ Lebih mengakrabkan silaturrahim satu sama lain.

۝ Lebih mudah menguruskan masalah jika semua orang bekerjasama.

۞ Sebagai muslimah bekerjaya, tentunya anda mahu kehidupan yang serba terurus, ada banyak idea, punya bakat kepimpinan secara semulajadi, bijak menganalisis, teliti bekerja dan mampu mencium masalah yang melanda. Hakikatnya kita tidak akan menjadi semua yang kita mahukan.

2 comments:

  1. Saya nak tanya, saya yang terlebih untung kalau kerja berpasukan? Bos ke orang bawah?

    ReplyDelete
  2. Kalau kerjasama diaplikasikan, maknanya 'sama-sama kerja', baik bos atau orang bawah, sama-sama menjalankan tugas dgn dedikasi dan penbuh tanggungjawab. Kedua2nya akan sama2 untung.

    ReplyDelete