Thursday, May 7, 2009

Tip tingkatkan Daya Ingatan.

'Janji pukul 0900 pagi, tapi datang pukul 1100 pagi', ' sori terlupa banyak sangat kerja tadi'. Asyik terlupa? Lupa merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh semua orang tidak kira muda ataupun tua, terutamanya individu yang sibuk. Terdapat banyak faktor yang menjadi punca manusia lupa, di antaranya faktor pemahaman, persekitaran dan tekanan. Amalkan tip ini, insya Allah mungkin dapat membantu:-

1. Baca al-Quran sekurang-kurangnya selembar sehari. Ia boleh menenangkan jiwa, perasaan dan menajamkan minda.

2. Tidur yang cukup , penting untuk menjana tenaga. Jika badan letih, akan mengganggu maklumat dan data yang disimpan oleh otak serta menjelaskan kemampuan untuk mempelajari perkara baru.

3. Kawal tekanan dengan membaca al-Quran, meditasi, rawatan aroma terapi, yoga dan sebagainya.

4. Hati-hati dengan vitamin atau makanan tambahan kerana mungkin ada yang tidak sesuai untuk kita.

5. Bersenam untuk menggerakkan otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.

6. Elakkan kemurungan, ubati kemurungan dengan berjumpa pakar psikiatri atau terapi yang lain.

7. Awasi pengambilan ubat kerana ada ubat tertentu yang boleh menjejaskan daya ingatan.

8. Belajar benda baru seperti kemahiran atau bahasa.

9. Cergaskan minda dengan permainan yang mencabar.

10. Jadikan amalan membaca menjadi amalan wajib seharian.

11. Katakan dengan kuat dan berulangkali sehingga maklumat lekat di kepala untuk tingkatkan daya ingatan mengenai sesuatu maklumat atau fakta.

12. Belajar untuk fokus pada sesuatu perkara.

13. Asah minda dengan bermain angka seperti mengingati nombor telefon atau hubungkaitkan angka dengan sesuatu.

### Anda mungkin akan berasa keciwa sekiranya anda gagal, tetapi anda pasti binasa sekiranya tidak mencuba untuk melakukannya.

2 comments:

  1. Wah. 13 tu banyak kak. Ini kalau usaha tapi tak mendapat hasilnya juga maknanya kena jumpa pak doktor! :)

    ReplyDelete
  2. Itu hanya sebahagian saja. Sekadar panduan. Terpulang sama ada nak ikut atau tidak. Kalau diusahakan, insya Allah boleh mendatangkan hasilnya. Yang penting usaha dan yakin.

    ReplyDelete